BEKAS PELAJAR KAMIL 2 78-83

Saturday, September 26, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA BEKAS PELAJAR SK KAMIL 2 1978-1983 (22/9/2009)

Alhamdulillah, pada hari raya ke tiga yang lalu seramai 12 orang rakan2 lama yang hampir 25 tahun tidak bersua telah dapat disatukan kembali. Walaupun seramai 12 orang daripada 35 orang rakan-rakan yang hadir, tapi kemeriahan kami pada hari tersebut tak dapat kami ucapkan dengan kata-kata. Banyak kenangan-kenangan silam diungkit kembali. Rumah Fakru riuh rendah seolah-olah seperti rumah kami sendiri. Terima Fakru kerana sudi menganjurkan perjumpaan kali pertama ini. Terima kasih juga pada Mami dan Cikgu Wahab (ibu dan ayah Fakru) yang memahami kerenah kami semasa berada kat sana. Terima kasih juga kepada rakan-rakan iaitu Hasnu, Tuan Hizazi, Md. Fauzan, Yus Faizal, Tajuddin, Rohaizad, Huspaliza, Aliza, Eileen Mastura dan Wan Zarina yang sudi datang memeriahkan suasana. InsyaAllah pada tahun hadapan sekiranya dipanjangkan umur kita akan menganjurkan program dengan lebih meriah lagi. Sebahagian gambar yang sempat diambil. Dari kiri:
Eileen Mastura, Huspaliza, Aliza, Wan Zarina, Fakru Azwadi, Yus Faizal, Tajuddin, Rohaizad, Md. Fauzan, Tuan Hizazi, Najdi dan Hasnu








































































































































Thursday, September 10, 2009

PANDUAN UNTUK KE RUMAH FAKRU AZWADI

1. Ikut Jalan Pasir Puteh - Jerteh
a. Masuk ikut simpang ke Sek Men Gaal , selepas tu terus lebih kurang 4– 4.5km(selepas kg Gaal, kg Changgai, kg Kemal, kg Gong Garu, and kg Lembah) baru sampai ke kg Taweh ). Rumah Fakru terletak selelepas sungai Taweh sebelah kiri. Kalau dah sampai highway wakaf lichong ke Machang tu dah terlepas dalam 1.4 km je…

b.Masuk ikut simpang highway wakaf Lichong from Pasir Puteh
hala ke machang hingga simpang Jeram Linang, sampai di simpang jeram linang tu masuk kanan dalam 1.2km , rumah Fakru sebelah kanan sebelum sungai Taweh.

2 Ikut Jalan Pasir puteh - Machang
a.Menghala ke Machang sampai ke Kg Telipok(wakaf Comel)dalam 10km from p puteh, masuk simpang ke kiri ,( if dah sampai Sek Men. jeram on the right it mean dah terlepas simpang tu) ada pintu gerbang rasanyer, masuk simpang tu dlm 2.5 – 3km ada T junction, selepas tu turn left rumah Fakru on the right selepas Jalan 250 meter from T juntiont tu)
Sebarang pertanyaan sila hubungi
HP– 0193143992 / 0166600834 – Fakru
No Tel (R) - 099754559
If bertanya orang sila mention - Rumah cikgu Wahab/rumah cik esah

YANG DAH CONFIRM

Alhamdulillah setakat ini yang telah menyatakn persetujuan untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya ialah
1. Najdi
2 Hasnu
3 Yus Faizal
4 Md Fauzan
5 Tajuddin
6 Rohaizad
7 Tuan Hizazi
8 Wan Zarina
9 Aliza
10 Eileen Mastura
11 Huspaliza
12 Raja Nooraida & husband

Walaupun pada permulaan ini tak ramai yang hadir, ini adalah pertkara biasa untuk kita mulakan sesuatu benda yang besar pada masa akan datang. Saya jangkakan lebih daripada 10 orang akan datang pada hari tersebut, Insyaallah.

Untuk tatapan rakan2 di sini saya paparkan gambar Yus Faizal and family yang telah diemailkan kepada saya


Tuesday, September 8, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

Kepada semua rakan-rakan bekas pelajar SK Kamil 2 78-83 satu sambutan rumah terbuka Hari Raya akan dibuat seperti berikut:

Tarikh: Hari Raya ke 3

Masa: 2 petang-5 petang

Tempat: Rumah Fakru Azwadi di Kg. Taweh / Kg. Batu Berendam Pasir Puteh (dekat Jeram Linang)         

Sila sahkan kehadiran anda dengan sms kepada saya (Najdi) secepat mungkin

Wednesday, September 2, 2009

TAKZIAH BUAT KELUARGA ARWAH CIKGU DAUD

Selaku bekas pelajar yang pernah diajar oleh arwah cikgu Daud, kami mendoakan semoga roh arwah yang telah selamat kembali ke rahmatullah pada minggu lepas dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t Amin.

Monday, August 31, 2009

ANTARA KAWAN-KAWAN YANG SEMPAT SAYA JUMPA

Businessman yang berjaya (Rohaizad)
Juga businessman yang berjaya (syarikat pengangkutan- Tajuddin)
Pertahanan negara ditanganmu (Hasnu)

Alhamdulillah melalui perbincangan dengan rakan-rakan, satu majlis berbuka puasa akan diadakan pada minggu terakhir puasa nanti. Segala keputusan akan diberitahu oleh Dr. Adibah Alawiah dan saya akan war-warkan nanti





Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Terlebih dahulu sepuluh jari disusun memohon kemaafan daripada semua rakan-rakan dimana sahaja berada sempena bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia ini.. Didoakan semoga semua amalan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini akan diterima oleh Allah s.w.t InsyaAllah.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DARIPADA SAYA SEKELUARGA (NAJDI ISMAIL, FARIDAH BT DAUD & MUHAMMAD FARID NAJHAN NAJDI)

Monday, August 17, 2009

SORRY

Agak lama saya tak update blog ni. Buat pengetahuan semua, saya ada mendapat business card daripada Tajuddin berkenaan no. hp Naiyazman. Dah banyak kali cuba contact tapi tak berhasil. Kalau ada sebarang informasi ataupun apa-apa saja yang ingin anda uplod dalam blog ini boleh email terus kepada saya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk upload sebarang artikel, gambar and so on

Tuesday, July 28, 2009

MAAF KAWAN-KAWAN

Minta maaf kepada semua kerana minggu ni operasi mencari jejak kawa-kawan tidak selancar minggu-minggu yang sebelumnya kerana terlalu sibuk dengan tugasan kat sekolah. Macam-macam hal ada. Dengan kerja kursus pelajar yang terpaksa diselesaikan, latihan gerak gempur dan sebagainya terpaksa dilangsaikan pada minggu ni. Minggu depan pula kena menghadirkan diri ke Lata Guar, Manong, Kuala Kangsar (3-6/8/09)sebagai jurulatih KRS (Kadet Remaja Sekolah) Peringkat Negeri Perak. So, mana-mana kawan-kawan yang ada alamat atau no phone kawan-kawan kita yang lain boleh SMS atau email kepada saya.

Saturday, July 25, 2009

DAH 15 ORANG

Semalam dapat lagi contact Raja Noraida yang sekarang ni bertugas di SMK Bandar Baru bangi. Sekarang ni sedang menunggu reply dari Regina Lim. Mana2 kawan yang tahu lokasi kawan2 yang lain bolehlah hubungi saya.

Wednesday, July 22, 2009

SUDAH 14 ORANG

Alhamdulillah seminggu yang lepas sudah 14 orang kawan2 lama telah dapat dihubungi semula. Malam tadi sempat bercakap dengan Aliza yang ketika ini kesihatannya tak begitu sihat. Walaupun dari segi percakapan masih ceria tapi hanya beliau sahaja yang mengetahui segalanya. Sekiranya Aliza membaca blog ini kami semua mendoakan semoga Aliza cepat sembuh seperti sediakala, InsyaAllah

Tuesday, July 21, 2009

JEJAK KAWAN

Baru tadi saya dapat menghubungi seorang lagi kawan kita iaitu Huspaliza yang sekarang ni bertugas sebagai guru di Pasir Puteh Kelantan. InsyaAllah slps ni akan ramai lagi kawan-kawan yang terpisah akan dapat dihubungi.

Sunday, July 19, 2009

JEJAK KAWAN

Semalam saya menerima satu email yang dihantar oleh seorang lagi kawan kita iaitu Roslini Bt Che Ismail. Hari ni pula saya dapat menghubungi Maziana. So sekarang ni 12 kawan-kawan kita telah dapat dihubungi. Nasib baik ada internet jadi dapatlah search untuk mencari mereka

Friday, July 17, 2009

KENANGAN SILAM (78-83)

Sebagai kenangan sekiranya rakan-rakan menatap gambar-gambr ini. Banyak kenangan yang tak terucap bila menatap semua wajah-wajah di bawah. Bila agaknya dapat kita semua bersua muka kerana hampir 26 tahun setelah meninggalkan bangku sekolah rendah kita semua tidak bersua.InsyaAllah satu hari nanti dengan dengan usaha rakan-rakan lain pasti kita akan bersua.

Wednesday, July 15, 2009

REUNION SK KAMIL 2 78-83

TUJUAN DIWUJUDKAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN RAKAN2 SEMUA.DIHARAPKAN DENGAN ADANYA BLOG INI RAKAN2 DAPAT MENGETAHUI PERKEMBANGAN TERKINI YANG BERLAKU. JUGA UNTUK MEMUDAHKAN RAKAN-RAKAN MENYALURKAN MAKLUMAT SEKIRANYA DAPAT BERHUBUNG DENGAN RAKAN-RAKAN YANG LAIN.SEKIRANYA ANDA MENGETAHUI LOKASI RAKAN-RAKAN SILA TINGGALKAN DI DALAM PETI PESANAN UNTUK MEMUDAHKAN SAYA UPDATE SEGALA DATA