BEKAS PELAJAR KAMIL 2 78-83

Tuesday, July 28, 2009

MAAF KAWAN-KAWAN

Minta maaf kepada semua kerana minggu ni operasi mencari jejak kawa-kawan tidak selancar minggu-minggu yang sebelumnya kerana terlalu sibuk dengan tugasan kat sekolah. Macam-macam hal ada. Dengan kerja kursus pelajar yang terpaksa diselesaikan, latihan gerak gempur dan sebagainya terpaksa dilangsaikan pada minggu ni. Minggu depan pula kena menghadirkan diri ke Lata Guar, Manong, Kuala Kangsar (3-6/8/09)sebagai jurulatih KRS (Kadet Remaja Sekolah) Peringkat Negeri Perak. So, mana-mana kawan-kawan yang ada alamat atau no phone kawan-kawan kita yang lain boleh SMS atau email kepada saya.

Saturday, July 25, 2009

DAH 15 ORANG

Semalam dapat lagi contact Raja Noraida yang sekarang ni bertugas di SMK Bandar Baru bangi. Sekarang ni sedang menunggu reply dari Regina Lim. Mana2 kawan yang tahu lokasi kawan2 yang lain bolehlah hubungi saya.

Wednesday, July 22, 2009

SUDAH 14 ORANG

Alhamdulillah seminggu yang lepas sudah 14 orang kawan2 lama telah dapat dihubungi semula. Malam tadi sempat bercakap dengan Aliza yang ketika ini kesihatannya tak begitu sihat. Walaupun dari segi percakapan masih ceria tapi hanya beliau sahaja yang mengetahui segalanya. Sekiranya Aliza membaca blog ini kami semua mendoakan semoga Aliza cepat sembuh seperti sediakala, InsyaAllah

Tuesday, July 21, 2009

JEJAK KAWAN

Baru tadi saya dapat menghubungi seorang lagi kawan kita iaitu Huspaliza yang sekarang ni bertugas sebagai guru di Pasir Puteh Kelantan. InsyaAllah slps ni akan ramai lagi kawan-kawan yang terpisah akan dapat dihubungi.

Sunday, July 19, 2009

JEJAK KAWAN

Semalam saya menerima satu email yang dihantar oleh seorang lagi kawan kita iaitu Roslini Bt Che Ismail. Hari ni pula saya dapat menghubungi Maziana. So sekarang ni 12 kawan-kawan kita telah dapat dihubungi. Nasib baik ada internet jadi dapatlah search untuk mencari mereka

Friday, July 17, 2009

KENANGAN SILAM (78-83)

Sebagai kenangan sekiranya rakan-rakan menatap gambar-gambr ini. Banyak kenangan yang tak terucap bila menatap semua wajah-wajah di bawah. Bila agaknya dapat kita semua bersua muka kerana hampir 26 tahun setelah meninggalkan bangku sekolah rendah kita semua tidak bersua.InsyaAllah satu hari nanti dengan dengan usaha rakan-rakan lain pasti kita akan bersua.

Wednesday, July 15, 2009

REUNION SK KAMIL 2 78-83

TUJUAN DIWUJUDKAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN RAKAN2 SEMUA.DIHARAPKAN DENGAN ADANYA BLOG INI RAKAN2 DAPAT MENGETAHUI PERKEMBANGAN TERKINI YANG BERLAKU. JUGA UNTUK MEMUDAHKAN RAKAN-RAKAN MENYALURKAN MAKLUMAT SEKIRANYA DAPAT BERHUBUNG DENGAN RAKAN-RAKAN YANG LAIN.SEKIRANYA ANDA MENGETAHUI LOKASI RAKAN-RAKAN SILA TINGGALKAN DI DALAM PETI PESANAN UNTUK MEMUDAHKAN SAYA UPDATE SEGALA DATA