BEKAS PELAJAR KAMIL 2 78-83

Wednesday, July 22, 2009

SUDAH 14 ORANG

Alhamdulillah seminggu yang lepas sudah 14 orang kawan2 lama telah dapat dihubungi semula. Malam tadi sempat bercakap dengan Aliza yang ketika ini kesihatannya tak begitu sihat. Walaupun dari segi percakapan masih ceria tapi hanya beliau sahaja yang mengetahui segalanya. Sekiranya Aliza membaca blog ini kami semua mendoakan semoga Aliza cepat sembuh seperti sediakala, InsyaAllah

1 comment:

  1. Buat aliza, saya turut bersimpati. Jika berpeluang, saya ingin sekali berjumpa. Kawan saya pernah mengidap penyakit yang sama, tapi alhamdulillah berkat rawatan dan semangat yang kuat beliau semakin pulih. Beliau begitu menjaga pemakanan. Berpantang dalam mengambil makanan yang dapat memberikan tenaga(protein) atau mengaktifkan sel tersebut. Contoh makanan manis termasuk buah-buahan, hanya boleh makanan isi berkulit putih seperti siakap kukus @ rebus. Tidak boleh dibakar kerana hitam(bakar) akan membekalkan protein kepada sel. Beliau hanya makan roti dan air masak. Di saat begini hanya keluarga dan rakan sahaja yang dapat memberikan sokongan dan kekuatan buat kita. Insyaallah diharapkan aliza akan semakin sembuh. Doa dari saya. Raja Nor Aida, Bandar Baru Bangi.

    ReplyDelete