BEKAS PELAJAR KAMIL 2 78-83

Monday, August 31, 2009

ANTARA KAWAN-KAWAN YANG SEMPAT SAYA JUMPA

Businessman yang berjaya (Rohaizad)
Juga businessman yang berjaya (syarikat pengangkutan- Tajuddin)
Pertahanan negara ditanganmu (Hasnu)

Alhamdulillah melalui perbincangan dengan rakan-rakan, satu majlis berbuka puasa akan diadakan pada minggu terakhir puasa nanti. Segala keputusan akan diberitahu oleh Dr. Adibah Alawiah dan saya akan war-warkan nanti





Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Terlebih dahulu sepuluh jari disusun memohon kemaafan daripada semua rakan-rakan dimana sahaja berada sempena bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia ini.. Didoakan semoga semua amalan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini akan diterima oleh Allah s.w.t InsyaAllah.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DARIPADA SAYA SEKELUARGA (NAJDI ISMAIL, FARIDAH BT DAUD & MUHAMMAD FARID NAJHAN NAJDI)

Monday, August 17, 2009

SORRY

Agak lama saya tak update blog ni. Buat pengetahuan semua, saya ada mendapat business card daripada Tajuddin berkenaan no. hp Naiyazman. Dah banyak kali cuba contact tapi tak berhasil. Kalau ada sebarang informasi ataupun apa-apa saja yang ingin anda uplod dalam blog ini boleh email terus kepada saya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk upload sebarang artikel, gambar and so on

Tuesday, July 28, 2009

MAAF KAWAN-KAWAN

Minta maaf kepada semua kerana minggu ni operasi mencari jejak kawa-kawan tidak selancar minggu-minggu yang sebelumnya kerana terlalu sibuk dengan tugasan kat sekolah. Macam-macam hal ada. Dengan kerja kursus pelajar yang terpaksa diselesaikan, latihan gerak gempur dan sebagainya terpaksa dilangsaikan pada minggu ni. Minggu depan pula kena menghadirkan diri ke Lata Guar, Manong, Kuala Kangsar (3-6/8/09)sebagai jurulatih KRS (Kadet Remaja Sekolah) Peringkat Negeri Perak. So, mana-mana kawan-kawan yang ada alamat atau no phone kawan-kawan kita yang lain boleh SMS atau email kepada saya.

Saturday, July 25, 2009

DAH 15 ORANG

Semalam dapat lagi contact Raja Noraida yang sekarang ni bertugas di SMK Bandar Baru bangi. Sekarang ni sedang menunggu reply dari Regina Lim. Mana2 kawan yang tahu lokasi kawan2 yang lain bolehlah hubungi saya.

Wednesday, July 22, 2009

SUDAH 14 ORANG

Alhamdulillah seminggu yang lepas sudah 14 orang kawan2 lama telah dapat dihubungi semula. Malam tadi sempat bercakap dengan Aliza yang ketika ini kesihatannya tak begitu sihat. Walaupun dari segi percakapan masih ceria tapi hanya beliau sahaja yang mengetahui segalanya. Sekiranya Aliza membaca blog ini kami semua mendoakan semoga Aliza cepat sembuh seperti sediakala, InsyaAllah

Tuesday, July 21, 2009

JEJAK KAWAN

Baru tadi saya dapat menghubungi seorang lagi kawan kita iaitu Huspaliza yang sekarang ni bertugas sebagai guru di Pasir Puteh Kelantan. InsyaAllah slps ni akan ramai lagi kawan-kawan yang terpisah akan dapat dihubungi.